- Membina Laman Web Sendiri.
Membina laman web sendiri adalah cara paling murah dan langkah ini memberikan kita kawalan dan fleksibiliti sepenuhnya. Kita bolah mengemas kini dan mengubah laman web kita pada bila masa sahaja. Kita bolah melakukan semua ini tanpa perlu mempunyai kemahiran dalam penulisan perisian dan kita juga tidak perlu menjadi pereka yang kreatif bagi membina web yang menarik dan yang menguntungkan. Pada masa lalu, kita perlu mempelajari dan mengetahui pemprograman HTML sekiranya kita mahu membina laman web sendiri. HTML adalah ringkasan bagi 'Hypertext Markup Language' dan ia adalah bahasa pemprograman yang digunakan bagi menulis ataupun mencipta laman web.
Tetapi,hari ini, dengan adanya perisian editor HTML,kita hanya perlu tunjuk,klik dan taip.Perisian itu menulis kod pemprograman HTML bagi kita. Membina laman web menggunakan editor HTML adalah semudah menggunakan Microsoft Word ataupun Powerpoint.
Editor HTML paling popular yang terdapat hari ini adalah Microsoft Frontpange ( yang berharga US$199) dan Macromedia Dreamweaver (perisian ini lebih mahal,iaitu berharga US$399, dan selalunya digunakan oleh para profesional).
Sekiranya saudara mahu mencari gambar dan grafik bagi laman web saudara, terdapat beberapa laman web yang menawarkan pelbagai jenis imej dan grafik seperti www.photos.
com, www.freegraphics.com,www.coolarchieve.com dan www.gotlogos.com. kita juga perlu
menggunakan perisian (seperti Adobe Photoshop) yang membolahkan kita melihat imej dan
memanipulasi imej-imej tersebut mengikut kehendak kita.
Sekiranya saudara mahu mengetahui lebih lanjut cara mencipta dan membina laman web profesional dan yang dapat menghasilkan keuntungan, saya cadangkan saudara melawat laman-laman web yang berjaya dan mencontohi cara meraka membina laman web. Beberapa laman web yang boleh dicontohi adalah www.carsecretsrevealed.com, www.cuddlebugbaby.com,
www.buywithnocredit.com dan www.smartcover.com. Saudara juga boleh melawat laman
web seperti www.sitepoint.com dan www.webdeveloper.com di mana laman-laman web ini memberi tip dan tutorial tambahan berkenaan pembinaan web.
2. Upah Pereka Sambilan Menyediakan Templat
3. Beli Templat Laman Web dan Ubahsuaikan
4. Upah Syarikat Pereka laman Web Profesional
No comments:
Post a Comment