Bagaimana Nak Mengenal Bakat Semulajadi Anda
Ada Lima Tanda Untuk Mengenal Bakat Semulajadi Anda
- Kita berasakan sangat seronak apabila melakukan sesuatu kerja.
- Pekerjaan itu sangat melekakan kita. Apabila kita melakukan sesuatu kerja itu sesuai dengan minat kita, kita berasakan kerja itu sangat mudah dan senang.
- Kita sentiasa ingin belajar berkenaan perkara tersebut dengan membaca buku, mendengar ataupun menghadiri kursus serta sentiasa mencuba melakukannya sendiri sehingga berjaya dengan tidak merasakan jemu ataupun bosan.
- Kita gemar bercakap, berbual dan suka mendengar orang lain bercerita tentang pekerjaan itu. Kita juga berkawan dengan orang yang mempunyai minat sama dengan kita.
- Tanda yang paling ketara adalah kita berasakan sangat mudah untuk mempelajari dan melakukannya. Kita berasakan kita seorang yang pakar maka kita boleh buat dengan cara kita sendiri. Apabila kita laksanakannya kita berjaya tetapi sekiranya tidak berjaya kita perlu fikirkan cara lain.
No comments:
Post a Comment